Norsuhaida Bt Aripin
Bachelor Of Business
Semester 2 

 
 
Nur Farihin Bt Hamzah
Bachelor Of Accounting
Semester 2 

 
Priyah Sharan
Bachelor Of Multimedia
Semester 2 

 
Mohd Za'im B. Zulqarnain
Bachelor Of Science (Information Technology)
Semester 2

                                          Image result for larry page
                 

Berorientasikan pasukan bermaksud kerjasama yang melibatkan semua pekerja di dalam satu organisasi tanpa mengira jawatan yang dipegang.Ia bermaksud seorang usahawan itu tidak hanya mengambil kira dirinya sahaja.Setiap keputusan yang dibuat dalam organisasi perlu melibatkan perbincangan dan semua persetujuan semua pihak dalam organisasi.Usahawan tidak bekerja secara individu tetapi secara berpasukan.Melalui kerja berpasukan,usahawan akan dapat menggembleng lebih banyak idea-idea yang bernas berbanding kerja bersendirian.Di dalam orientasi pasukan,usahawan selalu berpegang kepada prinsip bahawa tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa dalam perniagan dan setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

Salah seorang usahawan yang sangat mementingkan oreintasi berpasukan ialah pengasas Google, Larry Page yang dilahirkan pada 26 Mac 1973 di Lansing,Michigan,United Stated. Sikap berorientasikan pasukan yang ada dalam diri beliau telah menjadikan Google sebagai syarikat gergasi internet yang meletakkan kegembiraan pekerja mereka sebagai fokus utama. Buktinya,Pengarah Google Malaysia,Sajith Sivanandan menyatakan bahawa kejayaan google hari ini adalah disebabkan syarikat Google yang memberi penekanan menyeluruh kepada pekerjanya.

Larry page adalah seorang yang lebih mengutamakan kemampuan berbanding pengalaman seseorang.Bagi beliau,pengalaman seseorang itu tidak menjanjikan beliau adalah seorang yang berkemampuan tetapi seorang yang berkemampuan itu tidak memerlukan pengalaman untuk mencipta kejayaan.Di samping itu,Larry Page memberi keizinan kepada jurutera Google untuk mengejar impian mereka dengan menggunakan 20 peratus daripada masa kerja untuk menumpukan kepada projek sampingan sendiri yang boleh mendatangkan manfaat kepada syarikat dan pengguna di pasaran.Beliau sangat mendorong pekerjanya berusaha untuk mengekalkan budaya berpasukan yang sering dikaitkan dengan  syarikat permulaan ,di mana semua orang adalah penyumbang kepada kejayaan sesebuah syarikat kerana beliau berasa selesa berkongsi idea dan pendapat dengan pekerjanya.

Hal ini juga lebih membuktikan Larry Page adalah seorang yang sangat mementingkan orientasi berpasukan adalah apabila pekerja –pekerja di syarikatnya digalakkan menggunakan mana-mana saluran sabagai platform untuk menyampaikan idea dan pemikiran mereka.Beliau juga selalu mendorong pekerjanya menjawab solan-soalan berkaitan syarikat Google  melaui Googleist.

Googleist  merupakan keji selidik yang terbesar di Syarikat Google yang berfungsi  untuk mendapat maklum balas mengenai beratus-ratus isu dan membolehkan beliau  dan eksekutif lain memberikan tumpuan kepada mana-mana bidang yang perlu dibaiki.Semasa hari mingguan mesyuarat atau TGIF( Thanks God It’s Friday), ahli Google boleh bertanya soalan-soalan secara terus kepada Larry Page dan eksekutif lain tentang isu-isu syarikat melalui saluran e-mel.

Pejabat dan kafe yang bercorak kreatif dan inovatif yang di bawah idea Larry Page juga  bertujuan untutk menggalakkan interaksi pekerja  dari jabatan yang berbeza dalam organisasi. Hal ini juga dapat mencetuskan perbualan mengenai kerja sambil berehat dan bermain.Syarikat Google memang dikenali dengan syarikat yang banyak menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerja-pekerjanya.Antara kemudahan yang disediakan ialah skuter elektrik yang bertujuan untuk memdahkan pekerja untuk pergi ke bahagian-bahagian bangunan pejabat lain.

Sikap orientasi pasukan  yang diamalkan oleh Larry Page telah membawa kejayaan Syarikat Google yang memiliki 55,600 orang pekerja dan juga menjalankan perniagaannya melebihi 40 buah negara di seluruh dunia. Selain itu, beliau telah muncul sebagai “business person of the year for 2014, seperti  pengasas Alibaba, Jack Ma dan Pengasas Facebook, Mark Zurkerberg dalam majalah Fortune.
                                              Image result for steve job
Usahawan  proaktif ialah usahawan yang akan bertindak dengan lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakannya dalam perniagaan.Beliau haruslah mempunyai matlamat dan wawasan yang tinggi untuk maju selangkah lebih hadapan  berbanding dengan orang-orang lain.Usahawan yang proaktif akan sentiasa berfikiran lebih kreatif dan inovatif untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang terbaik dalam dunia perniagaan.
Seorang usahawan yang bersifat produktif ialah seorang usahawan yang beriniasitif tinggi dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuatnya.Seorang usahawan yang produktif juga akan sentiasa berfikiran positif apabila mendapat aduan-aduan yang negatif tentang produknya.Beliau tidak akan cepat marah tetapi akan bersikap lebih terbuka dan menerima segala kritikan itu untuk membaiki segala kelemahan yang ada pada dirinya dan seterusnya berusaha lebih keras untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
Sebagai contoh,Steeve Jobs atau nama penuhnya Steven Paul Jobs yang merupakan usahawan berbangsa Amerika Syarikat yang merupakan pengasas,pengerusi dan bekas CEO of Apple Inc. Beliau dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Francisco,Amerika Syarikat.
Steeve Job merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri proaktif. Beliau bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula dan lain-lain membangunkan dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran pada April 1976.Sebenarnya,mereka mencipta sendiri komputer itu  hanya dengan bermula dengan wang sebanyak USD1,300(RM 3900) yang diperoleh daripada hasil jualan kalkulator saintifik milik Stephen Gary Wozniak dan Volkwagen milik Steeve Jobs di garaj rumah keluarga Steeve Jobs.
Steeve Jobs lebih dikenali sebagai seorang yang tegas dan keras dalam memimpin mengikut caranya sendiri.Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai visi yang idealistik iaitu ‘menghasilkan komputer sebagai suatu alat untuk mengubah dunia’ dan ini membuatkan ramai yang tertarik untuk bekerja dengannya.
Pencipta  iPod dan iPhone ini meletakkan tanda aras yang tinggi untuk inovasi di mana beliau merupakan CEO yang sangat obses dalam memastikan produk-produk Apple sempurna dalam setiap perkara.Steeve Jobs akan sentiasa memastikan produk-produknya adalah yang terbaik kerana beliau percaya ‘ jika anda menghasilkan sesuatu yang hebat,maka setiap orang akan mahu  menggunakannya’.Dedikasi beliau pada penemuan baru dan kecemerlangan ini telah menjadikan Apple sebagai simbol inovasi.
Bagi Steve Jobs, sesuatu produk yang dihasilkan tidak semestinya kerana pasaran memerlukannya, tetapi apa yang penting adalah untuk ‘menghasilkan produk yang pasaran mahukan sebelum mereka sendiri sedar mereka mahukannya’. Kerana itu Steve Jobs diketahui tidak berpegang pada kaedah kajian pasaran, grup fokus dan sebagainya tetapi dia menghasilkan produk yang beliau mahukan.

Steeve Jobs telah berjaya membentuk persepsi pelanggan dan peminatnya dengan beranggapan bahawa dalam kalangan pembelinya,mereka sebenarnya merupakan golongan sasaran yang terpilih.Dengan adanya ciri inisiatif dan proaktif,beliau tidak mengetepikan pandangan pelanggan sebaliknya menggunakan pandangan tersebut sebagai inspirasi.
Image result for jimmy choo designer
                                                    

Salah satu ciri yang mesti ada pada seorang usahawan yang berjaya ialah semangat berorientasikan hasil.Usahawan yang berorientasikan hasil mementingkan pencapaian atau hasil yang diperoleh pada kemudian hari. Usahawan ini akan lebih bersifat berdaya saing dan akan mendapat hasil yang lebih bermutu dan berkualiti.

Usahawan yang berorientasikan hasil akan sentiasa mencuba untuk menghasilkan sesuatu yang baru bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dia pasaran. Ini dapat memperluaskan lagi pasaran serta pengguna sesuatu barang atau perkhidmatan. Objektif utama usahawan yang bercirikan orientasi hasil ini sentiasa melihat ke depan untuk melihat peluang yang mungkin hadir pada masa kelak dan bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang tersebut

Sebagai contoh usahawan yang bercirikan berorientasikan hasil adalah seorang yang amat dikenali di negara kita iaitu Datuk Jimmy Choo seorang pereka kasut yang terkenal.  Beliau berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan disana pada 1961. Datuk Jmmy Choo mula berminat dalam pembuatan kasut apabila beliau sering membantu ayahnya membuat kasut di mana ayahnya seorang tukang kasut yang berpengalaman.Kasut jenama Jimmy Coo dikenali ramai kerana kasutnya yang berilhamkan alam semula jadi.

Dato Jimmy Choo juga adalah seorang usahawan yang bermula dari bawah sehinggalah beliau dapat mencipta namanya dia persada dunia dengan segala titik peluhnya. Dengan minat yang  mendalam dalam bidang pembuatan kasut,Dato Jimmy Choo meneruskan pendidikannya dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.Pada mulanya,bapanya yang menanggung pendidikannya tapi disebabkan kesempitan wang,beliau terpaksa menanggung pendidikannya sendiri  sehingga tamat pengajian dengan bekerja separuh masa.Setelah selesai pengajiannya,beliau telah membuka kedai kasut yang disewanya sendiri. Dalam masa empat tahun beliau mengusahakan kedai kasut itu,segala titik peluhnya tidak membuahkan hasil .


Walaupun begitu,bagi seorang usahawan berorientasikan hasil,beliau tidak akan mudah berputus asa begitu sahaja sehingga sagala titik peluh usahanya dapat diterima oleh orang ramai.Setelah empat tahun mengalami kegagalan dalam perniagaannya,rekaan kasut beliau mula mendapat perhatian oleh majalah Vongue antara majalah fesyen yang terkenal di United Kingdom.

Pada tahun 1990,kasut rekaan beliau mula mendapat perhatian orang ramai dan menjadi terkenal apabila Puteri Diana telahmenempah kasut dari beliau untuk dipakai semasa majlis-majlis rasmi.Dari itu,kasut rekaan Datuk Jimmy Choo semakin melonjak naik ke seluruh dunia.Selain itu, kasut rekaan Datuk Jimmy Choo di bawah Jimmy Choo Ltd menjadi pilihan kebanyakan artis-artis di seluruh dunia dan juga dipakai dalam filem-filem antarabangsa. Secara tidak langsung beliau telah menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan hasil kejayaan beliau. Sehingga kini syarikat beliau masih berdiri kukuh dan berkembang maju walaupun semakin ramai pesaing-pesaing baru dan lama bersaing untuk menaikkan nama rekaan masing-masing di persada antarabangsa.

Semangat berorientasikan hasil yang ada dalam diri Datuk Jimmy Choo telah menjadikan beliau seorang yang terkenal di mata dunia.Kejayaan Datuk Jimmy Choo telah menjadi inspirasi kepada setiap individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Pelbagai anugerah yang diperoleh oleh Datuk Jimmy Choo antaranya dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang,mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen, merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002 dan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.




                                                            Image result for dato mohd sani


Berwawasan bagi seorang usahawan bermakna seseorang usahawan itu mampu menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan.Wawasan dibentuk bagi kedua-dua jangka masa iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang.Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil oleh seseorang usahawan akan disasarkanke arah pencapaian wawasan yang telah ditetapkan.Usahawan yang bersifat demikian juga akan dapat mempertimbangkan cabaran, ancaman dan peluang yang bakal dihadapinya.

Wawasan adalah keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat dan mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana sesuatu itu akan berkembang pada masa hadapan.Ini dapat dilihat dalam diri Datuk Wan Mohammad Sani Wan Salleh yang telah bergelar seorang usahawan pada usia 33 tahun.Antara  faktor yang menjadikan belliau seorang usahawan muda yang berjaya adalah disebabkan  disebabkan beliau merupakan usahawan yang berwawasan. Datuk Sani sebenarnya seorang artis tempatan pada masa dahulu. Namun rakan beliau yang berjaya dalam perniagaan iaitu Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi. Jadi, Datuk Sani telah memilih jalan ke arah bidang keusahawanan. Hal ini demikian menunjukkan sikap Datuk Wan Mohammad Sani yang berwawasan. Beliau percaya bahawa masa hadapannya akan menjadi cerah jika beliau menceburi bidang perniagaan.

Beliau bertekad untuk menjalankan perniagaan sendiri. Pada mulanya, beliau telah membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam perniagaan pengangkutan iaitu bas. Pada permulaan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada tahun 2003, Datuk Sani menubuhkan Sani United Sendirian Berhad (SUSB) khusus untuk perniagaan pengangkutan itu dan mengusahakannya bersama dua rakan kongsi. Beberapa masa kemudian, mereka telah menarik diri dan ketika itu beliau terpaksa menghadapi cabaran seorang diri.


Pada masa tersebut, beliau hanya memiliki seorang pekerja dan dengan segala usahanya, perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikan mencerminkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar dengan membuat pinjaman tetapi beliau berani dan yakin terhadap apa yang dilakukan olehnya. Hal in demikian menunjukkan Datuk Sani ini sememangnya mempunyai wawasan yang tinggi dalam kerjayanya.

Perusahaan tersebut telah mendapat sambutan yang baik dan berkembang dengan pesat. Beliau membuktikan jalan yang telah dipilihnya adalah terbaik kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi yang luar biasa. Sikap Datuk Mohamad Sani yang berwawasan dan sentiasa memandang jauh ke hadapan menjadi salah satu sebab kejayaannya sebagai seorang usahawan dalam usia yang sangat muda. 

Kini, beliau digelar sebagai jutawan dan seorang usahawan yang berjaya pada usia yang muda. Beliau memiliki sebuah bangunan sendiri yang dijadikan sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta. Selain itu, Datuk Sani Salleh juga memiliki kereta Ferari F360 Modena yang bernilai RM1 juta dan juga sebuah banglo yang bernilai RM9 juta.
                                          Image result for tony fernandez    

Seseorang usahawan yang bijak harus mengambil kira segala risiko yang bakal dihadapi. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan seseorang usahawan menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan yang bercirikan demikian berupaya dalam memastikan risiko yang diambil bersesuai dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap aktiviti perlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko. Jadi, usahawan perlu yakin, berani, bersemangat, sabar dan sanggup menghadapi risiko yang munasabah.

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE yang juga dikenali sebagai Tony Fernandes merupakan salah seorang usahawan Malaysia yang sangat berani mengambil risiko yang sangat tinggi apabila beliau berusaha untuk memulihkan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang di samping terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi.

 Tony Fernandes merupakan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang telah berjaya memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan menggunakan slogan “semua mampu menaik kapal terbang”. Beliau memiliki ciri keupayaan dan kebolehan untuk mengambil risiko terbuka.

Pada mulanya, Syarikat Air Asia merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom iaitu sebuah konglemerat kerajaan Malaysia. Tetapi syarikat tersebut telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun, Tan Sri Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan hanya harga satu ringgit  dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300 dan terbang hanya ke satu destinasi, membawa sebanyak 250,000 orang penumpang setahun serta  hanya mempunyai 250 orang pekerja.

Sebelum beliau menjejak dalam bidang perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan untuk Langit Terbuka. Namun, pada pertengahan tahun 2003, Tony Fernandes telah meminta Tun Dato Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan tersebut kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaan dalam mendapatkan hak pendaratan. Hal ini demikian bukan sahaja untuk penerbangan Syarikat Air Asia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Selepas sembilan tahun, syarikat Air Asia yang dipimpin oleh Tony Fernandes kini bernilai hampir RM 4 billion, mencatatkan keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih daripada 85 pesawat Airbus A320 dan A330 dan terbang terus melalui lebih daripada 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi di seluruh dunia. Tambahan pula, penerbangan tersebut mencapai rekod dengan membawa lebih daripada 20 juta orang penumpang setahun dan mempunyai lebih daripada 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kini, syarikat tersebut beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.Hal ini demikian menyebabkan syarikat ini menjadi salah satu pesaing terbesar dengan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines (SIA).

Ciri pengambil risiko membuatkan seseorang usahawan untuk bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan dikecapi oleh mereka. Terdapat beberapa usahawan lain yang pernah gagal berkali-kali tetapi akhirnya tetap menjadi seorang usahawan yang berjaya. Seseorang usahawan perlu sentiasa merancangkan peluang untuk berkembang dengan maju.




                                                                                                       
                                                 Image result for steven lim secret recipe           
Budaya terbuka bermaksud seseorang yang berfikiran terbuka yang boleh menerima budaya luar. Seseorang usahawan akan menghadapi cabaran kebudayaan apabila perniagaannya memasuki pasaran antarabangsa. Usahawan hendaklah mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya sesebuah masyarakat bagi memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah bertentangan adat atau budaya di negara asing.

Steven Lim merupakan pengasas Secret Recipe yang dikenali ramai di seluruh dunia. Beliau tidak sangka akan terlibat dalam bidang perniagaan makanan kerana beliau bercita-cita untuka Pereka Hiasan Dalaman.Beliau mewujudkan Secret Recipe kerana beliau merasa masih terlalu banyak lagi kekurangan yang wujud dalam bidang perniagaan makanan di negara ini pada masa itu.Oleh itu,beliau ingin mencuba sesuatu yang baru dan kreatif yang dapat mengisi kekurangan yang terdapat dalam perindustrian makanan.Beliau telah menubuhkan premis Secret Recipe pertamanya  yang bertempat di Petaling Jaya.

Pada mulanya, beliau menghadapi masalah kekurangan modal untuk mempromosi tentang produk  pertamanya di Secret Resipe. Oleh itu, beliau melakukan pemasaran dengan menawarkan kopi percuma kepada semua pelanggannya. Strategi beliau itu  telah memberi kesan yang positif apabila pelanggan mula mencuba kek-kek yang dijua di kedai beliau.

Seorang wartawan daripada majalah KL Vision telah mencuba kek keju yang dihasilkan oleh Steven Lim dan mencadangkan beliau untuk menyertai pertandingan kek keju tahunan. Tetapi Steven Lim terlupa tarikh pertandingan yang telah diumumkan menyebabkan beliau tidak langsung membuat persiapan bagi pertandingan tersebut. Jadi, beliau hanya telah menghantar kek keju yang biasa dan tidak mempunyai kepercayaan bahawa beliau akan menang. Namun, kek keju Secret Recipe telah berjaya menjadi juara tanpa diduga. Selepas kemenangan yang tidak dijangka itu,Secret Recipe telah menerima banyak anugerah dalam pelbagai aspek.Penganugerahan yang diberikan kepada Secret Resipe telah berjaya meyakinkan pengguna terhadap jenama tersebut.

Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan telah memberikan idea baru kepada beliau untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Beliau telah menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe dan kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara.Hasrat beliau membuka outlet di Orchard Road iaitu di Singapura gagal menyebabkan jenama Malaysia dipandang rendah. Tetapi beliau tidak berputus asa dan terus mencuba di kawasan lain. Tatkala beliau telah menerima sambutan yang baik dan berjaya menjadikan Secret Recipe popular dan beliau ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road.

Beliau bertekad untuk memastikan jenama Malaysia tersebut mendapat sijil Halal. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa industri makanan yang halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam berada di mana saja untuk menikmatinya. Tambahan pula, orang bukan Islam juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.

Dengan ini, Steven Lim boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan yang mempunyai budaya terbuka kerana beliau berjaya mengesan kekurangan sesuatu dalam bidang perniagaan makanan dan berupaya mewujudkan suatu konsep baru yang sesuai kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Melalui pengetahuan mengenai budaya luar, usahawan dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Hal ini demikian membolehkan usahawan memajukan organisasi perniagaan serta mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.
          
                                      

Ciri-ciri yang harus ada dalam diri setiap diri usahawan adalah bijak mencari peluang yang ada,mempunyai pemerhatian yang tajam dalam menjalankan sesuatu peniagaan.Pemerhatian yang tajam dan teliti bagi seorang usahawan adalah penting bagi mereka untuk mencari peluang-peluang yang ada pada masa akan datang.Dengan adanya ciri-ciri seperti ini,usahawan akan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka.Usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tinggi tidak akan pernah tinggal di belakang malah mereka akan berada selangkah ke hadapan dari pesaing mereka.

Ciri ini dapat dilihat dalam diri usahawan muda Fizo Omar yang mengusahakan Hot Burger.Nama beliau Di Malaysia sudah sebati dalam masyarakat Malaysia sebagai pelakon,pengacara, pakar motivasi dan usahawan muda.Wan Hafizol Bin Wan Omar atau lebih mesra dengan panggilan Fizo Omar menjalankan perniagaan menjual burger dengan kerjasama dua orang rakan baiknya ,Rizal Musa dan Asri Hamid yang telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan.

Pada awalnya,beliau hanya belajar membuat burger berdasarkan pemerhatiannya terhadap penjual burger di tepi jalan.Dia merasakan mereka adalah ‘pakar terbaik’ membuat burger.Dengan  bermodalkan RM200,000,Fizo dan kawan-kawannya mula membuka beberapa buah kedai di sekitar Kuala Lumpur.Dengan menggunakan tagline “Harga Kaki Lima,Rasa Bintang Lima”beliau menggunakan konsep iaitu mengkomersialkan perusahaan burger tepi jalan.

Walaupun hanya menjalankan perniagaan di kaki lima,ternyata Hot Burger amat mementingkan profesionalisme.Setiap wakil penjual haruslah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.Untuk menjamin kualiti burger yang dijual kepada pembeli,Hot Burger melantik pengurus dan penyelia supaya dapat memantau persekitaran gerai dan peniaga.Hal ini secara tidak langsung dapat menstabilkan perniagaan Hot Burger yang sedang memuncak naik.

 Hot Burger terus membuka sayap perniagaannya dengan membuka perniagaan francais Hot burger yang pertama di Pasir Puteh,Kelantan berkonsepkan ‘take away’.Lebih istimewa,pelanggannya boleh menikmatinya dengan menu yang menarik seperti Super Special dan Burger Stim.Fizo juga telah memperkenalkan Hot Burger pada 1 April dengan menggerakkan 3 buah lori iaitu 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Kelantan.

 Sikap peribadi Fizo Omar yang mempunyai pemikiran yang tajam dalam mengolah idea membina perniagaan Hot Burger dan bijak mencari peluang di depan mata membolehkan beliau berada di puncak kejayaan.Semangat ini harus ada dalam diri anak-anak muda zaman kini supaya lebih menonjol pada masa akan datang.

Kesimpulannya usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam akan selalu berada dihadapan. Usahawan perlu mempunyai pemerhatian yang teliti bagi melihat persekitan sekarang dan jangkaan masa hadapan bagi menjana idea baru secara kreatif dan inovatif.

                                                                Image result for robert kuok

Rangkaian  adalah satu ciri yang perlu ada dalam  perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan usahawan mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagaia rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian kerana ia akan menjadi penunjuk arah kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

Sebagai contoh,Robert Kuok Hok Nin.Robert Kuok ialah seorang usahawan gula yang terbesar di Malaysia dan juga telah dikenali di dunia. Bapa kepada beliau juga ialah pemilik kepada syarikat Tong Seng & Company yang bertapak di negeri Johor Darul Takzim.Sebelum Robert Kuok membuka syarikat sendiri, beliau telah bekerja dengan syarikat Mitsubishi Dhoji Kaisha yang menjual gula, garam dan tepung selepas tamat pengajian beliau.

Robert Kuok memulakan perniagaan sendiri sebagai permulaan beliau dalam bidang keusahawanan ini.Beliau ingin mencontohi bapanya yang mempunyai hubungan rapat  dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang berada di Johor.Robert Kuok telah menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama beberapa syarikat iaitu Mitsui Bussan Kaisha Ltd. dan Sugar Nissin Manufacturing. Selepas dari itu, pada tahun 1964, beliau telah membina sebuah syarikat gula yang pertama di Malaysia, iaitu Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan.

Di samping itu, beliau juga membuka ladang tebu pertama negara iaitu Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan daripada pihak Felda. Sekitar tahun 1970an, ladangnya diluaskan ke negara Indonesia dan menjadikan dia salah seorang pedagang gula utama dunia.

Robert Kuok juga telah mengambil keputusan untuk memberanikan diri melabur di negara yang bergolak seperti Indonesia dan Filipina ketika orang lain tidak berani melakukan apa yang beliau lakukan.Hasil daripada pelaburan itu,beliau telah berjaya menjalin hubungan yang kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit.