MENGAMBIL RISIKO ( OPEN RISK TAKER )

by 06:11:00 0 comments
                                          Image result for tony fernandez    

Seseorang usahawan yang bijak harus mengambil kira segala risiko yang bakal dihadapi. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan seseorang usahawan menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan yang bercirikan demikian berupaya dalam memastikan risiko yang diambil bersesuai dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap aktiviti perlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko. Jadi, usahawan perlu yakin, berani, bersemangat, sabar dan sanggup menghadapi risiko yang munasabah.

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE yang juga dikenali sebagai Tony Fernandes merupakan salah seorang usahawan Malaysia yang sangat berani mengambil risiko yang sangat tinggi apabila beliau berusaha untuk memulihkan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang di samping terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi.

 Tony Fernandes merupakan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang telah berjaya memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan menggunakan slogan “semua mampu menaik kapal terbang”. Beliau memiliki ciri keupayaan dan kebolehan untuk mengambil risiko terbuka.

Pada mulanya, Syarikat Air Asia merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom iaitu sebuah konglemerat kerajaan Malaysia. Tetapi syarikat tersebut telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun, Tan Sri Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan hanya harga satu ringgit  dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300 dan terbang hanya ke satu destinasi, membawa sebanyak 250,000 orang penumpang setahun serta  hanya mempunyai 250 orang pekerja.

Sebelum beliau menjejak dalam bidang perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan untuk Langit Terbuka. Namun, pada pertengahan tahun 2003, Tony Fernandes telah meminta Tun Dato Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan tersebut kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaan dalam mendapatkan hak pendaratan. Hal ini demikian bukan sahaja untuk penerbangan Syarikat Air Asia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Selepas sembilan tahun, syarikat Air Asia yang dipimpin oleh Tony Fernandes kini bernilai hampir RM 4 billion, mencatatkan keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih daripada 85 pesawat Airbus A320 dan A330 dan terbang terus melalui lebih daripada 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi di seluruh dunia. Tambahan pula, penerbangan tersebut mencapai rekod dengan membawa lebih daripada 20 juta orang penumpang setahun dan mempunyai lebih daripada 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kini, syarikat tersebut beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.Hal ini demikian menyebabkan syarikat ini menjadi salah satu pesaing terbesar dengan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines (SIA).

Ciri pengambil risiko membuatkan seseorang usahawan untuk bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan dikecapi oleh mereka. Terdapat beberapa usahawan lain yang pernah gagal berkali-kali tetapi akhirnya tetap menjadi seorang usahawan yang berjaya. Seseorang usahawan perlu sentiasa merancangkan peluang untuk berkembang dengan maju.




Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment