TAJAM PEMERHATIAN ( OBSERVANT )

by 06:09:00 0 comments
          
                                      

Ciri-ciri yang harus ada dalam diri setiap diri usahawan adalah bijak mencari peluang yang ada,mempunyai pemerhatian yang tajam dalam menjalankan sesuatu peniagaan.Pemerhatian yang tajam dan teliti bagi seorang usahawan adalah penting bagi mereka untuk mencari peluang-peluang yang ada pada masa akan datang.Dengan adanya ciri-ciri seperti ini,usahawan akan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka.Usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tinggi tidak akan pernah tinggal di belakang malah mereka akan berada selangkah ke hadapan dari pesaing mereka.

Ciri ini dapat dilihat dalam diri usahawan muda Fizo Omar yang mengusahakan Hot Burger.Nama beliau Di Malaysia sudah sebati dalam masyarakat Malaysia sebagai pelakon,pengacara, pakar motivasi dan usahawan muda.Wan Hafizol Bin Wan Omar atau lebih mesra dengan panggilan Fizo Omar menjalankan perniagaan menjual burger dengan kerjasama dua orang rakan baiknya ,Rizal Musa dan Asri Hamid yang telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan.

Pada awalnya,beliau hanya belajar membuat burger berdasarkan pemerhatiannya terhadap penjual burger di tepi jalan.Dia merasakan mereka adalah ‘pakar terbaik’ membuat burger.Dengan  bermodalkan RM200,000,Fizo dan kawan-kawannya mula membuka beberapa buah kedai di sekitar Kuala Lumpur.Dengan menggunakan tagline “Harga Kaki Lima,Rasa Bintang Lima”beliau menggunakan konsep iaitu mengkomersialkan perusahaan burger tepi jalan.

Walaupun hanya menjalankan perniagaan di kaki lima,ternyata Hot Burger amat mementingkan profesionalisme.Setiap wakil penjual haruslah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.Untuk menjamin kualiti burger yang dijual kepada pembeli,Hot Burger melantik pengurus dan penyelia supaya dapat memantau persekitaran gerai dan peniaga.Hal ini secara tidak langsung dapat menstabilkan perniagaan Hot Burger yang sedang memuncak naik.

 Hot Burger terus membuka sayap perniagaannya dengan membuka perniagaan francais Hot burger yang pertama di Pasir Puteh,Kelantan berkonsepkan ‘take away’.Lebih istimewa,pelanggannya boleh menikmatinya dengan menu yang menarik seperti Super Special dan Burger Stim.Fizo juga telah memperkenalkan Hot Burger pada 1 April dengan menggerakkan 3 buah lori iaitu 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Kelantan.

 Sikap peribadi Fizo Omar yang mempunyai pemikiran yang tajam dalam mengolah idea membina perniagaan Hot Burger dan bijak mencari peluang di depan mata membolehkan beliau berada di puncak kejayaan.Semangat ini harus ada dalam diri anak-anak muda zaman kini supaya lebih menonjol pada masa akan datang.

Kesimpulannya usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam akan selalu berada dihadapan. Usahawan perlu mempunyai pemerhatian yang teliti bagi melihat persekitan sekarang dan jangkaan masa hadapan bagi menjana idea baru secara kreatif dan inovatif.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment