KEGAGALAN ADALAH PILIHAN ( FAILURE IS AN OPTION )

by 06:08:00 0 comments

                                                           Image result for dato seri vida


Menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat, kegagalan memberi maksud tidak berhasil atau tidak berjaya dan tidak dapat mencapai maklumat. Walaubagaimanapun, usahawan yang berjaya akan menganggap kegagalan adalah satu pilihan kepada mereka ke arah kejayaan yang tertunda. Tiada siapa dalam dunia ini ingin gagal. Apa yang penting adalah belajar daripadanya dan mengelakkan ulangan kesilapan yang sama.

Sifat keusahawanan ini telah ditonjolkan oleh Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya  Dato’  Dr Hajjah Hasmizah Othman antara nama yang tidak asing lagi di Malaysia.Bila sebut sahaja “Qu Putih Qu Putih, Barulah Putih”, sudah tentu ramai yang mengenali siapakah pemilik bagi trademark sedemikian.Sepanjang perniagaan beliau, beliau telah menghadapi banyak cabaran yang tidak henti-henti. Antaranya ialah, berdepan dengan kehabisan modal sewaktu berniaga, kegagalan dalam pengiklanan, dan banyak lagi.

Di awal perniagaan beliau, Dato’ Seri Vida mempunyai geran kerajaan sebanyak RM1 juta untuk memulakan perniagaan. Duit yang diperoleh itu, separuh daripadanya dibelanjakan untuk membuat penyelidikan bagi membuat produk dan selebihnya digunakan untuk ke beberapa buah negara untuk mencari bahan yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti.

Selain daripada itu juga, wang yang diperoleh beliau digunakan untuk membuat pengiklanan produk beliau. Beliau mempromosikan di televisyen dan radio swasta. Anggaran yang dihabiskan untuk membuat semua itu sebanyak RM 500, 000. Namun,beliau kecewa apabila duit yang dibelanjakan itu tidak menampakkan sebarang hasil.Disebabkan kegagalan itu,beliau mendapat tekanan dan mengalami darah tinggi.Walaupun mengalami kegagalan,sebagai seorang usahawan beliau tidak akan mudah berputus asa malah beliau telah bangkit untuk menghasilkan lagi produk baru iaitu Pamoga yang menggunakan gamat dan buah delima.

Seterusnya, Dato’ Seri Vida juga telah gagal dalam mempromosikan hasil produk yang dibuat olehnya. Beliau sendiri telah membelanjakan jutaan ringgit bagi mempromosikan produk beliau namun kurang mendapat sambutan.Beliau juga hampir untuk menutup kedai yang dimiliki.Sebagai cubaan terakhir, beliau sendiri cuba untuk mempromosikan produk beliau di radio RTM Kelantan FM dengan mengambil satu sesi untuk mempromosikan di radio tersebut selama dua hari yang mengambil masa 15 minit untuk satu sesi. Pada hari ketiga, beliau telah nekad untuk menutup kedai.

 Walau bagaimanapun, usaha beliau itu telah menampakkan hasil apabila mendapat sambutan daripada orang ramai yang datang untuk membeli produk beliau dan mendapat testimoni yang menggembirakan. Selepas mendapat sambutan, sekarang Dato’ Seri Vida telah mempromosikan produk beliau dengan menjadikan diri beliau sendiri sebagai model. Dengan usaha itu beliau telah dikenali ramai di seluruh Malaysia.

Apa yang kita dapat lihat, kegagalan yang dihadapi oleh Dato Seri Vida itu sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk bangkit. Sepanjang perniagaannya itu dia juga menghadapi cabaran yang sangat besar iaitu telah kehilangan 2 orang anak daripada 4 orang yang terlibat dalam kebakaran di rumah beliau.Walaupun Dato’ Seri Vida banyak mengalami kegagalan tetapi beliau tidak mudah berputus asa malah kegagalan itu merupakn satu pilihan bagi beliau untuk bangkit menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment