BERWAWASAN ( VISIONARY )

by 06:12:00 0 comments

                                                            Image result for dato mohd sani


Berwawasan bagi seorang usahawan bermakna seseorang usahawan itu mampu menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan.Wawasan dibentuk bagi kedua-dua jangka masa iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang.Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil oleh seseorang usahawan akan disasarkanke arah pencapaian wawasan yang telah ditetapkan.Usahawan yang bersifat demikian juga akan dapat mempertimbangkan cabaran, ancaman dan peluang yang bakal dihadapinya.

Wawasan adalah keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat dan mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana sesuatu itu akan berkembang pada masa hadapan.Ini dapat dilihat dalam diri Datuk Wan Mohammad Sani Wan Salleh yang telah bergelar seorang usahawan pada usia 33 tahun.Antara  faktor yang menjadikan belliau seorang usahawan muda yang berjaya adalah disebabkan  disebabkan beliau merupakan usahawan yang berwawasan. Datuk Sani sebenarnya seorang artis tempatan pada masa dahulu. Namun rakan beliau yang berjaya dalam perniagaan iaitu Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi. Jadi, Datuk Sani telah memilih jalan ke arah bidang keusahawanan. Hal ini demikian menunjukkan sikap Datuk Wan Mohammad Sani yang berwawasan. Beliau percaya bahawa masa hadapannya akan menjadi cerah jika beliau menceburi bidang perniagaan.

Beliau bertekad untuk menjalankan perniagaan sendiri. Pada mulanya, beliau telah membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam perniagaan pengangkutan iaitu bas. Pada permulaan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada tahun 2003, Datuk Sani menubuhkan Sani United Sendirian Berhad (SUSB) khusus untuk perniagaan pengangkutan itu dan mengusahakannya bersama dua rakan kongsi. Beberapa masa kemudian, mereka telah menarik diri dan ketika itu beliau terpaksa menghadapi cabaran seorang diri.


Pada masa tersebut, beliau hanya memiliki seorang pekerja dan dengan segala usahanya, perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikan mencerminkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar dengan membuat pinjaman tetapi beliau berani dan yakin terhadap apa yang dilakukan olehnya. Hal in demikian menunjukkan Datuk Sani ini sememangnya mempunyai wawasan yang tinggi dalam kerjayanya.

Perusahaan tersebut telah mendapat sambutan yang baik dan berkembang dengan pesat. Beliau membuktikan jalan yang telah dipilihnya adalah terbaik kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi yang luar biasa. Sikap Datuk Mohamad Sani yang berwawasan dan sentiasa memandang jauh ke hadapan menjadi salah satu sebab kejayaannya sebagai seorang usahawan dalam usia yang sangat muda. 

Kini, beliau digelar sebagai jutawan dan seorang usahawan yang berjaya pada usia yang muda. Beliau memiliki sebuah bangunan sendiri yang dijadikan sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta. Selain itu, Datuk Sani Salleh juga memiliki kereta Ferari F360 Modena yang bernilai RM1 juta dan juga sebuah banglo yang bernilai RM9 juta.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment