KETERBUKAAN BUDAYA ( OPEN CULTURE )

by 06:10:00 0 comments
                                                                                                       
                                                 Image result for steven lim secret recipe           
Budaya terbuka bermaksud seseorang yang berfikiran terbuka yang boleh menerima budaya luar. Seseorang usahawan akan menghadapi cabaran kebudayaan apabila perniagaannya memasuki pasaran antarabangsa. Usahawan hendaklah mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya sesebuah masyarakat bagi memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah bertentangan adat atau budaya di negara asing.

Steven Lim merupakan pengasas Secret Recipe yang dikenali ramai di seluruh dunia. Beliau tidak sangka akan terlibat dalam bidang perniagaan makanan kerana beliau bercita-cita untuka Pereka Hiasan Dalaman.Beliau mewujudkan Secret Recipe kerana beliau merasa masih terlalu banyak lagi kekurangan yang wujud dalam bidang perniagaan makanan di negara ini pada masa itu.Oleh itu,beliau ingin mencuba sesuatu yang baru dan kreatif yang dapat mengisi kekurangan yang terdapat dalam perindustrian makanan.Beliau telah menubuhkan premis Secret Recipe pertamanya  yang bertempat di Petaling Jaya.

Pada mulanya, beliau menghadapi masalah kekurangan modal untuk mempromosi tentang produk  pertamanya di Secret Resipe. Oleh itu, beliau melakukan pemasaran dengan menawarkan kopi percuma kepada semua pelanggannya. Strategi beliau itu  telah memberi kesan yang positif apabila pelanggan mula mencuba kek-kek yang dijua di kedai beliau.

Seorang wartawan daripada majalah KL Vision telah mencuba kek keju yang dihasilkan oleh Steven Lim dan mencadangkan beliau untuk menyertai pertandingan kek keju tahunan. Tetapi Steven Lim terlupa tarikh pertandingan yang telah diumumkan menyebabkan beliau tidak langsung membuat persiapan bagi pertandingan tersebut. Jadi, beliau hanya telah menghantar kek keju yang biasa dan tidak mempunyai kepercayaan bahawa beliau akan menang. Namun, kek keju Secret Recipe telah berjaya menjadi juara tanpa diduga. Selepas kemenangan yang tidak dijangka itu,Secret Recipe telah menerima banyak anugerah dalam pelbagai aspek.Penganugerahan yang diberikan kepada Secret Resipe telah berjaya meyakinkan pengguna terhadap jenama tersebut.

Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan telah memberikan idea baru kepada beliau untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Beliau telah menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe dan kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara.Hasrat beliau membuka outlet di Orchard Road iaitu di Singapura gagal menyebabkan jenama Malaysia dipandang rendah. Tetapi beliau tidak berputus asa dan terus mencuba di kawasan lain. Tatkala beliau telah menerima sambutan yang baik dan berjaya menjadikan Secret Recipe popular dan beliau ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road.

Beliau bertekad untuk memastikan jenama Malaysia tersebut mendapat sijil Halal. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa industri makanan yang halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam berada di mana saja untuk menikmatinya. Tambahan pula, orang bukan Islam juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.

Dengan ini, Steven Lim boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan yang mempunyai budaya terbuka kerana beliau berjaya mengesan kekurangan sesuatu dalam bidang perniagaan makanan dan berupaya mewujudkan suatu konsep baru yang sesuai kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Melalui pengetahuan mengenai budaya luar, usahawan dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Hal ini demikian membolehkan usahawan memajukan organisasi perniagaan serta mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment